12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.
Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.
Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan. _ Malaysiakini
No comments:
Post a Comment