
SUNGAI PETANI: Kegagalan Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu.
"Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya.
"Saya percaya berikan masa kepada kami. Kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu sahaja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira citarasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu di mana kegagalan BN merampas kembali kerusi berkenaan daripada pakatan pembangkang di Bilik Gerakan BN di sini malam ini. _ Metro
* Jika menang, mereka akan mengatakan, ini menunjukkan rakyat yakin dengan kepimpinan baru Najib. Jika kalah sepatutnya sebaliknya.
No comments:
Post a Comment