GEMAS: Seorang gadis yang sedang ghairah melayan gelora nafsu bersama pasangannya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Jelai tergamam apabila teman lelakinya bertempiaran lari selepas diserbu bapanya.
Gadis berusia 15 tahun yang menuntut di sekolah menengah itu dipercayai turut cuba melarikan diri, tetapi gagal berbuat demikian apabila bapanya berjaya menahannya selepas melakukan intipan.
Pasangan kekasih terbabit dikatakan mula berkenalan melalui telefon dan sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak awal Januari lalu.
Tidak lama selepas perkenalan itu, cinta mereka mula berputik dan pasangan terbabit sering kali keluar memadu kasih sehingga terjerumus melakukan perbuatan sumbang.
Bagi membuktikan cintanya dan janji setia sehidup semati, gadis sunti terbabit dikatakan sanggup menyerahkan mahkotanya kepada teman lelakinya walaupun mereka baru saling mengenali antara satu sama lain.
Mereka sering keluar bermadu kasih dan berulang kali melakukan perbuatan sumbang itu dan perbuatan terakhir dipercayai dilakukan pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, bapa gadis berkenaan yang curiga dengan tingkah laku anak gadisnya cuba mengekorinya sebelum mengesan pondok digunakan pasangan itu memadu asmara sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gemas pada kira-kira jam 8.30 malam hari sama.
Sebelum ini, gugusan tanah rancangan itu gempar apabila seorang peneroka dari Felda Jelai Tiga serta pasangannya berusia 21 tahun dari Felda Jelai Empat ditahan polis hujung Mei tahun lalu kerana terbabit dalam rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk Budak Jolai.
Turut ditahan seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari Felda Jelai Tiga yang bertindak selaku jurukamera rakaman adegan di pondok dalam kawasan kebun getah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Hasnan Haron mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Beliau berkata, gadis itu dihantar ke Hospital Tampin menjalani pemeriksaan kesihatan dan polis masih menjalankan gerakan mengesan teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
Menurutnya, walaupun hubungan seks itu berlaku atas suka sama suka, ia bagaimanapun menyalahi undang-undang.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.
* Felda Jelai, Felda Jelai, Felda Jelai...
No comments:
Post a Comment