04 April 2009

Azalina berang


KUALA LUMPUR: “Saya tak tahulah SPRM ini, kalau nak siasat...siasatlah kalau tak ada kes...buang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditanya status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes politik wang dan salah guna kuasa kementeriannya.

Beliau yang tidak selesa dengan sikap diam diri suruhanjaya terbabit menjelaskan masih belum menerima sebarang maklumat mahupun penjelasan berhubung kes salah laku itu khususnya selepas tamat Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu.

“Saya tengah tunggu SPRM lah ni...dia buka fail, hari-hari tengok saya...jumpa...tanya orang ini...telefon...lepas pemilihan Umno terus diam.

“Ini saya nak tanya SPRM ni, saya tengah naik angin ni...apa yang dia dapat...nak tunggu apa. Saya tidak tahu (ditanya sama ada kes sudah ditutup). Saya rasa mereka jatuh cinta dengan saya (I think they are in love with me),” katanya pada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Kementeriannya di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), di sini.

Pada 12 Mac lalu, akhbar melaporkan SPRM merampas sejumlah fail dan menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pelancongan bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.

Beberapa pegawai SPRM turut dilapor melakukan pemeriksaan mengejut di pejabat Menteri Pelancongan itu kira-kira jam 11 pagi dan membawa keluar beberapa fail mengandungi invois dan beberapa dokumen lain.

Pada 21 Mac lalu Azalina dilapor mengesahkan SPRM sudah mengambil keterangan beliau bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa di kementeriannya.

Beliau dipetik berkata, pegawai SPRM mengambil masa kira-kira empat jam bermula jam 4 petang hingga 9 malam di pejabatnya, sebelum meminta izin ke kediamannya di Seksyen 12, Shah Alam.

Difahamkan 10 pegawai SPRM ke kediamannya untuk mengambil keterangan kira-kira satu jam, bagaimanapun tiada sebarang dokumen atau fail diambil.

* Sabar kak ya :)

No comments:

Post a Comment