KUANTAN 21 April — Satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini esok bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memerintahkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat berhubung kegagalan mematuhi kontrak konsesi balak.
Ini disahkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mat Zara’Ai Alias, ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan semalam mengarahkan Adnan melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat sini.
Dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Adnan berkata bayaran itu tidak dapat dilunaskan kerana kes itu belum diselesaikan.
Pada 17 Sept tahun lepas, kerajaan Pahang diperintah oleh Mahkamah Persekutuan membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas kerajaan negeri gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment