Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.
Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.
Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu. Beliau juga mempersoalkan sama ada benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.
Di Bukit Selambau, calon-calon BN S Ganesan dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.
Tempoh penyerahan borang selama sejam telah tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan, juga selama satu jam, akan tamat tidak lama lagi. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment