IPOH 29 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) T. Murugiah berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang didapati membuat laporan palsu dan mengganggu pentadbiran sekolah boleh dikenakan tindakan penggantungan.
Beliau berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima banyak aduan daripada PIBG supaya menyiasat salah laku guru besar dan sebagainya tetapi kebanyakannya adalah laporan palsu sehingga menimbulkan ketegangan.
“Kementerian Pelajaran boleh menggantung PIBG sekiranya mengganggu (pentadbiran sekolah) (kerana) yang menerima akibatnya adalah pelajar,” kata Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA kepada pemberita di sini hari ini.
Perlu diingatkan fungsi PIBG yang dilantik berperanan membantu pentadbiran sekolah dan bukannya mencampuri urusan pengurusan di sekolah terbabit, katanya.
Katanya BPA menerima lebih 100 laporan mengenai pertelingkahan antara PIBG dan pihak pentadbir sekolah sejak setahun lepas.
“Saya akan berjumpa Menteri Pelajaran dan memaklumkan tentang laporan ini kerana ianya di bawah bidang kuasa beliau,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment