31 March 2009

Pengundi Cina, India jadi rebutan


Seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Selambau 7 April ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian berkata, dalam pilihanraya umum lalu, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu berkata, PAS hanya memperolehi 40 peratus undi Melayu pada umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

"Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu," kata Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu.

"Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi China dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," kata Ismail kepada Bernama.

"Pada 2004, sebanyak 70 peratus orang China menyokong BN. Bagaimanapun dalam pilihanraya umum lalu, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus.

Majoriti pengundi Melayu

"Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi China boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi - Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Terdapat 55,562 pengundi dalam Parlimen Bukit Bintang, dengan majoriti pengundi Melayu seramai 34,884 orang.

"Majoriti pengundi China ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi China, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi China ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Pakar strategi DAP

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan China, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat China terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari - terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi. _ Malaysiakini

* Apa yang tidak pernah tergambar oleh Umno selama ini adalah sokongan orang bukan Melayu terhadap sebuah parti Islam (PAS).

1 comment: