Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
01 March 2009
Pemuda PKR serah SPRM lembu hina kerajaan, satu kesalahan
PETALING JAYA: Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "merupakan penghinaan kepada kerajaan."
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.
"Ia adalah penghinaan kepada kerajaan. Kita telah buat laporan polis mengenai hal itu dan kini terserah kepada polis.
"Menghina kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka adalah satu kesalahan," kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star dan mStar Online baru-baru ini.
Tambah beliau, anggota AMK menggunakan lembu untuk memperolokkan orang lain. - Mstar
* Kakitangan awan lebih terhina apabila orang yang diamanahkan tidak menjalankan tugas dengan jujur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
orang bagi lembu tu patutnya bersyukurlah banyak banyak kalau tak nak jual boleh dibela,aku ingat sibaghal ni dia nak batang penyapu dengan mop kot.........
ReplyDelete