KUALA LUMPUR 24 Mac — Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber dan menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hanya dengan berbuat demikian barulah Umno boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
“Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik,” kata Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2008 di sini malam ini.
“Suka atau tidak, kita (Umno) tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena,” katanya.
Katanya Umno bersikap tidak acuh dengan perkembangan media baru itu pada pilihan raya umum 1999 dan lima tahun kemudian pada pilihan raya umum 2004, Umno “masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif.”
“Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat (pada pilihan raya umum 2004) hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber.
“Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru,” katanya. - Bernama
* Ingat dah tahu lama.
No comments:
Post a Comment