13 March 2009

Pembantu makmal didenda RM10,000 tulis komen hina sultan

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lalu.

Hakim, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.

Azrin adalah salah seorang daripada enam yang dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 hari ini dan yang pertama disabit di bawah seksyen itu. - Utusan

* Maka bertambah sayanglah rakyat tehadap raja selepas ini.

No comments:

Post a Comment