Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
27 March 2009
Muhyiddin ikrar setia pada Najib
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangannya sebagai timbalan presiden Umno hari ini sebagai satu tanggungjawab besar dan berikrar untuk bertugas dengan baik untuk membantu Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa yang sama, beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) menyeru mereka yang bertanding - menang atau kalah - supaya merapatkan barisan.
"Saya anggap perpaduan paling utama. Kita hendak tunjuk bahawa Umno dalam keadaan dapa cara sekalipun, ambil kira kepentingan orang Melayu.
"Saya berikrar untuk mencurah tenaga dan usaha saya kepada parti dan rakyat agar kita semua setia kepada Datuk Seri Najib," katanya.
Sementara itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula berkata beliau menerima kekalahannya di tangan Muhyiddin dengan hati yang terbuka.
"Saya akan terus menyumbang dalam pelbagai bentuk yang boleh sama ada dalam pilihanraya umum, pilihanraya kecil atau seminar untuk berus berkhidmat kepada parti.
Sebelum itu, ketika ditanya tanggapan bahawa calon-calon yang menang dalam barisan MT sebagai orang Najib, beliau menjawab: "(Mereka) orang Umno".
Dalam pertandingan merebut jawatan tersebut, Muhyiddin memperolehi 1,575 undi manakala Muhd Taib mendapat 916 undi. - Malaysiakini
* Tak setia taklah berpeluang menjadi PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment