SHAH ALAM, 14 MAC (SK) - MENTERI Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan Negeri memulakan jelajah Selangor dengan menaiki bas dan berkonvoi hari ini.
Program yang dinamakan ”Whistle Stop” anjuran kerajaan negeri ini akan mengambil masa selama 8 hari yang bermula di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dan destinasi pertama konvoi ini adalah di Stadium mini Kuala Kubu Bharu.
Program yang dianjurkan sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini antaralain akan memperjelaskan dasar dan program kerajaan Pakatan Rakyat secara bersemuka dengan anggota masyarakat.
Disetiap tempat persinggahan, program ini akan diisi dengan Karnival Rakyat yang dianjurkan bersama oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan agensi-agensi kerajaan negi.
Selain itu, satu pentas utama turut didirikan untuk menjadi gelanggang pertemuan pemimpin tertinggi kerajaan negeri dengan rakyat jelata bagi mengeratkan silaturahim sesama rakyat.
Acara kemuncaknya ialah akan diadakan pada 21 Mac depan di Stadium Malawati, Shah Alam yang akan turut diadakan karnival,pameran, jualan yang akan mewarnai kemeriahan sambutan.
Turut berada di dalam bas menuju Kuala Kubu Baru selain Menteri Besar ialah Exco Dr Hassan Ali, Ronnie Liu, Dr Xavier Jayakumar dan beberapa pemimpin kerajaan negeri. - SuaraKeadilan
No comments:
Post a Comment