10 March 2009

Makhamah Tinggi dengar kes liwat Anwar Julai

KUALA LUMPUR: Kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Julai ini.


Mahkamah menetapkan 1 hingga 24 Julai sebaga tarikh perbicaraan sebentar tadi.


Apabila kes itu disebut semula hari ini, Anwar mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.


Selepas tuduhan dibacakan, Anwar berkata: "Saya minta bicara, ini fitnah jahat."


Kes Anwar telah pun disebut buat kali pertama Ogos lalu di Mahkamah Sesyen.


Bagaimanapun minggu lalu kes itu diputuskan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.


Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000. - Mstar

No comments:

Post a Comment