26 March 2009

Majlis peguam bela undian 'Allah'

Orang ramai tidak mudah terseret dalam polemik remeh-temeh dan mereka tidak menilai undian di laman web Majlis Peguam berhubung penggunaan perkataan "Allah" itu boleh membawa kekecohan.

Pengerusi baru badan profesional itu Ragunath Kesavan berkata beliau kecewa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran kepada Majlis Peguam.

"Rakyat sudah matang, bertanggungjawab dan mampu berdepan dengan sebarang perbezaan dalam isu kaum atau agama melalui perbincangan rasional dan membina, dengan menumpukan nilai-nilai bersama dan saling hormat-menghormati," katanya.

"Majlis Peguam beriltizam terus berdialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, NGO Muslim dan individu yang menyentuh kepentingan bersama."

Awal minggu ini Ahmad Zahid dilaporkan memberi "amaran terakhir" kepada Majlis Peguam agar tidak memainkan isu penggunaan nama Allah.

"Jangan sesekali bangkitkan kemarahan orang Melayu dan juga orang Islam, jika tidak mereka perlu tanggung akibat perbuatannya itu," beliau dipetik berkata, mengulas undian yang dimuatkan di laman web majlis tersebut.

"Oleh itu, saya beri amaran kepada Majlis Peguam agar tidak mengadakan tinjauan pendapat atau survey dan minta mereka menghentikan tindakan seperti itu." - Malaysiakini

* Dalam isu ini, saya menyebelahi Zahid Hamidi.

No comments:

Post a Comment