KETUA Pemuda baru Umo, Khairy Jamaluddin terus diejek dan diboo oleh sesetengah perwakilan pada pagi ini. Setiap kali namanya disebut orang ramai menyorot dan memboonya. Ejekan itu kerana ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan sebagai ketua pemuda.
Mungkin pihak tertentu sudah mengatur dan merancang untuk membookan Khairy bagi memalukannya. Perwakilan berkenaan dari kalangan pemuda tidak mempedulikan kepada Presiden parti, Abdullah Ahmad Badawi yang masih tercokol di atas pentas.
Abdullah hanya tersengeh dan tunduk bila setiap kali mendengar sorakan itu.
Ketika Muhyiddin mengambil giliran untuk berucap beliau tidak menyebut nama Khairy dan hanya menyebut barisan pemuda sahaja, mungkin bagi mengelak perwakilan anti Khairy itu terus mengboonya.
Khairy pula setiap kali disorak dan diboo hanya mampu tersenyum pahit dan sesekali kelihatan melepaskan tension dengan bercakap-cakap bermodal angin dengan Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang berada di sebelahnya. - MsoMelayu
No comments:
Post a Comment