16 March 2009

Karpal akan didakwa fitnah Sultan Perak

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh dijangka akan menghadapi tuduhan di bawah Akta Fitnah esok atas tuduhan menghina Sultan Perak.


Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta kerana mengancam untuk mendakwa Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang dikatakan bertindak di luar bidang kuasanya serta membenarkan pelantikan satu Menteri Besar Perak yang baru.


Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut pada 6 Februari lalu.


Ekoran itu, pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap beliau di seluruh negara.


Bagaimanapun ini bukan kali pertama Karpal menghadapi tuduhan di bawah Akta fitnah.


Karpal sebelum ini bertegas mahu memfailkan kes mahkamah ke atas Sultan Azlan Shah kerana menitahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.


Beliau tetap mempertahankan pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak dengan alasan tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang. - Mstar

* Ambillah hakim yang adil dalam perbicaraan ini.

No comments:

Post a Comment