PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, Jawah Gerang sebagai calonnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.
Ia diumumkan sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon sementara hari mengundi ialah 7 April.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Menteri Muda Sukan Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot akibat koma pada 24 Februari lalu. - Mstar
No comments:
Post a Comment