02 March 2009

Anna 'Sufiah Malaysia' Jual tubuh di Internet

Pensyarah didakwa jadi sugar daddy

KUALA LUMPUR - Nama dua pensyarah sebuah universiti tempatan di Lembah Klang telah diheret dalam blog pornografi seorang bekas pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Anna. Anna melabelkan mereka sebagai sugar daddynya.

Nama kedua-dua pensyarah dari universiti yang sama itu disebut dalam butiran peribadi blog Anna, 27, seorang wanita kelahiran Pantai Timur yang dilabelkan sebagai 'Sufiah Malaysia'.

Gayanya mempromosikan diri menggunakan Internet itu menyamai apa yang dilakukan oleh Sufiah Yusuff, pelajar pintar Matematik di Britain yang berdarah campuran Melayu-Pakistan.

Kosmo! berjaya mengesan seorang daripada pensyarah itu yang mengakui hubungannya dengan Anna agak rapat tetapi bukan sebagai sugar daddy.

"Saya menjadi penyelia dia sewaktu dia mengikuti pengajian ijazah sarjana,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Namun persoalan sama ada blog itu dibuat oleh wanita itu sendiri atau diwujudkan oleh pihak ketiga yang sengaja mensabotaj mangsa masih menjadi tanda tanya.

Pensyarah yang masih bujang dan berumur lingkungan 40-an itu ketika ditanya mengenainya.

* Polis perlu siasat pensyarah ini.

1 comment:

  1. prinsipnya begini...

    jika tiada kemudaratan kepada negara tak perlu siasat muahahahahahha

    sapa yg berkata begini? teman pun tak tahu muahahahahahaha

    ReplyDelete