ADUN Changkat Jering, Kapten (B) mohd osman mohd jailu dan rakan sejawatannya dari Behrang, Jamaluddin mohd radzi berada di Jabatan Komersial Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak kira-kira sejam bermula 2.30 petang."Kami berdua petang ini memberi keterangan kepada polis berhubung surat yang yang didakwa diserahkan oleh kami kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar," kata Jamaluddin kepada mStar Online.
Jamaluddin dan Osman telah membuat laporan polis pada hujung Januari lalu masing-masing di Ibu Pejabat Polis Bentong dan Shah Alam.
Minggu lalu Osman, Jamaluddin dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong telah memfailkan permohonan membatalkan keputusan Sivakumar yang menyatakan kerusi bagi kawasan masing-masing telah dikosongkan.
Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diwakili mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN. - Mstar
No comments:
Post a Comment