26 February 2009

Zambry dinasihat jangan ambil gaji sehingga mendapat keputusan mahkamah

Jangan ambil gaji - DAP

IPOH 25 Feb. - Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir didesak supaya tidak mengambil sebarang imbuhan termasuk gaji sehingga mahkamah memutuskan kerajaan negeri mana yang sah.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa langkah itu wajar bagi berlaku adil kepada rakyat supaya wang mereka tidak digunakan untuk membayar gaji dua kerajaan negeri.

''Dalam tempoh ini, saya mencabar Zambry supaya tidak menerima sebarang bayaran sehingga mahkamah membuat keputusan.

''Mereka boleh bekerja, kita juga boleh bekerja tetapi tanpa bayaran kerana rakyat tidak boleh bayar dua kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Perak menarik balik elaun percutian ahli Exco sebanyak RM20,000 setahun setiap seorang pada tahun ini, Koo Ham berkata, ia merupakan satu langkah yang baik. - Utusan

No comments:

Post a Comment