06 February 2009

Tarik balik gelar 'Datuk Seri' Nizar - Malaysiakini

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin. - Malaysiakini

1 comment:

  1. Apa hebatnya gelaran "DATUK SERI" dalam kehidupan orang yang memperjuangkan nasib rakyat...? Gelaran boleh dibeli, boleh dirasuahkan....

    Apa masaalah yang akan terjadi kalau gelaran itu ditarik balik...? Jikalau gelaran Senator Datuk Syed Ali Alhabshee ditarik balik bermakna Syed Ali Alhabshee akan jadi manusia yang setaraf dengan manusia bangsat..?

    "WHO CARE...?"

    ReplyDelete