KUALA LUMPUR - Masalah pencemaran dan kekotoran dua sungai utama di ibu negara iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Beliau yang menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap persekitaran, kekotoran dan pencemaran yang teruk di kedua-dua sungai tersebut menyifatkan keadaan itu akan memberi impak dan imej negatif kepada negara.
"Sungai Klang dan Gombak, dua-dua tak elok, asyik cakap nak memperelokkan saja tapi tidak menjadi juga, sampailah hari ini.
"Bangunan cantik, yang lain semua cantik tapi tengok sungai kita, tak elok juga," katanya ketika berucap pada pelancaran sambutan dan Festival Hari Wilayah di Astaka Taman Tasik Titiwangsa di sini semalam.
Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan.
Abdullah turut menyeru pihak bertanggungjawab supaya memulihara dan memperindahkan kedua-dua sungai tersebut agar ia memberi persekitaran yang bersih, cantik dan sentiasa terjaga.
Dalam ucapannya, Abdullah turut mencadangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique supaya warga wilayah mempunyai satu rukun yang akan menjadi prinsip dan identiti warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan kelak.
* Setakat seru sahaja tak jadi Pak Lah. Cuba pesalah lalu lintas guna tindakan seru sahaja.
No comments:
Post a Comment