TAIPING 12 Feb. - Kerajaan Negeri Perak akan melanggan semula akhbar Utusan Malaysia yang sebelum ini diboikot oleh kerajaan pakatan pembangkang selama 11 bulan pemerintahannya.
Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, akhbar ini wajar dilanggan dan dibaca oleh kakitangan kerajaan negeri kerana ia sentiasa menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara.
Katanya, pihak pembangkang sememangnya tidak menyenangi peranan akhbar ini hingga sanggup bertindak melarang kakitangan kerajaan negeri daripada membeli atau membacanya di pejabat.
''Pakatan pembangkang memang dari dulu marah dengan Utusan Malaysia, kita tidak marah malah akan teruskan melanggan supaya ia dapat dibaca oleh kakitangan kerajaan negeri.
''Bukan itu saja, kita juga akan melanggan akhbar-akhbar lain. Kita menggalakkan semua kakitangan membaca semua suratkhabar termasuk juga akhbar yang tidak menyokong kita," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan UMNO bahagian Bukit Gantang dan semua ketua UMNO bahagian seluruh Perak di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment