04 February 2009

Calon MB Perak belum difikirkan lagi, kata Zahid

PUTRAJAYA 4 Feb. — Pucuk pimpinan Barisan Nasional belum memikirkan mengenai calon Menteri Besar Perak selepas parti itu hari ini diumumkan memperoleh majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Itu belum difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Pak Lah tetapi kita ada 28 calon sekarang ini,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment