22 January 2009

UAE Belasah Malaysia 5-0

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dibelasah oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia AFC 2011 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Gol pertama dihasilkan pada minit ke-28 berpunca dari hantaran ke depan penyerang Ismail Matar Ibrahim kepada kapten pasukan UAE Mohamed Omar Mohd Ahmad yang mudah melepasi pertahanan dan menewaskan penjaga gol Mohd Syamsuri Mustafa yang gagal menepis kemas bola.

Percubaan Hardi Jaafar merebut bola dari pemain Ismail Saleem pada minit ke-44 dianggap kekasaran oleh pengadil Austalia Wiliams Benjamin Jon dan memberikan UAE sepakan penalti yang mudah diambil oleh Mohamed Omar Mohd Ahmad untuk sekali lagi meyumbat masuk gol.

Masuk babak kedua perlawanan, sepakan gunting Ismail Matar Ibrahim gagal diselamatkan oleh penjaga gol pada minit ke-62.

Pada minit ke-75 Ismail Matar Ibrahim sekali lagi menyumbat masuk gol berpunca daripada kesilapan kapten pasukan Malaysia Norhafiz Zamani Misbah yang terlepas bola memudahkan pemain tersebut menyumbat masuk gol.

Gol terakhir perlawanan terhasil pada minit ke-85 apabila pemain gantian Ahmad Khalil Sebait yang baru masuk mudah menguis bola dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian Syed Adney Syed Hussien.

Perlawanan disaksikan hampir 20,000 penonton.

Pasukan:

Malaysia: (GK) Mohd Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Mohd Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah (C), Aidil Zafuan Radzak, V.Thirumurugan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhaymeen Zambri, Zaquan Adha Radzak (Mohd Ashari Samsudin) dan Safee Sali.

UAE: (GK) Majed Naser Humaid Almaqdami, Abdulraheem Jumaa , Al Junaibi Abdulsalam, Mohamed Omar Mohd Ahmad (C) (Ahmed Khalil Sebait), Haidar Alo Ali, Ismaeil Matar Ibrahim, Ismail Saleem (Mahmoud Khamis Saeed), Mohamed Saeed Rashed, Walid Abbas Murad, Hamdan Ismeel Mohamed dan Mohammed Fayez Sbait.

Pengadil: Wiliams Benjamin Jon (Australia)

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Lagiberita,

    FAM dan UMNO adalah sama 2x5 = 10. Persatuan atau Pertubuhan yang menganggap kumpulan mereka saja yang bijak mengatur sasaran untuk menang.

    Segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh rakyat tidak dibincangkan tetapi dibuang kedalam bakul sampah sebagai tidak berguna.

    Kalau UMNO sanggup menyingkirkan Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri kerana dia tidak mampu mentadbir negera, maka FAM juga mesti sanggup menyingkirkan presidennya yang dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan dalam sukan bola sepak negara.

    Sekiranya pekara itu dapat dilakukan pasti ada perubahan dalam sukan bola sepak Malaysia.

    Jika masih ada sikap kecut telor untuk melakukan sesuatu perubahan maka jangan mimpi pasukan bola sepak Malaysia boleh bersaing dengan mana-mana pasukan bola sepak. Buat sakit hati dan sakit tekak menjerit bagi semangat...

    Adalah lebih baik rakyat Malaysia menukar haluan dengan beri sokongan dan semangat kepada pasukan "polo diraja" di negari Pahang. Pasti sukan ini akan jadi lebih popular dari sukan bola sepak.

    ReplyDelete