AMPANG JAYA - Kediaman mewah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin (gambar) di Jalan Kolam Air, Taman Melawati di sini diceroboh pencuri semalam tetapi yang hilang cuma kasut yang diletak di luar rumah.
Polis yang masih menyiasat kejadian itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang daripada empat lelaki Nepal dari sebuah syarikat keselamatan yang dilantik oleh Tun Daim.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya tidak mendapati sebarang tanda pecah masuk ketika kejadian yang berlaku antara pukul 12 malam dan 8 pagi itu.
"Kejadian itu hanya disedari oleh seorang pengawal keselamatan di situ pukul 9 pagi tadi (semalam) ketika dia datang ke situ untuk memulakan tugas.
"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Melawati dua jam kemudian dan sepasukan polis dihantar ke sana untuk membuat siasatan," katanya semalam.
Abdul Jalil berkata, pihaknya menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan oleh penjenayah pecah rumah yang menyasarkan golongan kenamaan (VIP).
Menurut beliau, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - Kosmo
* Hilang kasut pun nak kecoh satu Malaysia ka...
Saya rasa Tun Daim tak akan perasan pun kalau ada apa-apa yang hilang dari rumahnya. Bukanlah nak dikatakan boleh mencuri (walaupun di rumah Tun Daim), mencuri masih berdosa dari sisi Allah!
ReplyDeleteAgaknya Tun Daim akan terfikirkan bahawa ini adalah suatu `divine intervention' atau tidak? Hanya Allah dan mungkin Tun Daim saja yang tahu!!!