23 January 2009

Ragut: Jangan merungut


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Jangan merungut jika kadar jenayah ragut masih tinggi sekiranya cadangan larangan motosikal di lokasi tertentu di pusat bandar ditolak, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sambil mengulangi bahawa larangan tersebut tidak bermaksud di seluruh bandar raya, beliau berkata, ia melibatkan beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan perniagaan sahaja.

Beliau turut meminta orang ramai tidak terlalu ‘manja’ dan menjadikan pelbagai alasan untuk tidak menerima cadangan dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

“Janganlah ‘manja’ sangat, kita bukan nak buat semua tempat, hanya kawasan dikenal pasti sahaja dan mempunyai jenayah ragut yang tinggi.

“Kalau begitu jangan pula merungut jika jenayah ragut masih tinggi di kawasan pusat bandar ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Utusan

* Larangan menunggang motosikal di seluruh negara setelah meninggikan pendapatan rakyat dan menurunkan harga kereta seperti di barat tidak kisah. Buat masa ini, tambah sahaja dengan jumlah yang banyak polis bermotosikal, bukan sahaja jenayah ragut dapat dikurangkan, jenayah yang lain juga.

No comments:

Post a Comment