06 January 2009

Polis buntu jejak 'lelaki api'

KUALA LUMPUR - Polis kebingungan mencari pertunjuk bagi menjejaki 'lelaki api' yang melakukan khianat membakar tiga buah kereta mewah di Bukit Bangsar di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ia disebabkan tiada saksi lain yang melihat suspek tersebut secara jelas semasa kejadian.

"Ketiga-tiga mangsa yang memberi keterangan juga hanya nampak suspek dari jauh.

"Mereka juga tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek,'' kata beliau.

Buat masa ini polis berusaha mencari mana-mana rumah di Jalan Pudina dan Jalan Manis 1 di Bukit Bangsar yang kemungkinan memasang kamera litar tertutup.

"Jika ada mana-mana rumah yang ada CCTV mungkin ia boleh membantu siasatan,'' kata Wan Abdul Bari.

Bagaimanapun, mengikut keterangan ketiga-tiga mangsa semasa kejadian suspek hanya berseorangan menunggang motosikal.

Gambaran lain mengenai lelaki tersebut ialah dia berbadan kurus, berketinggian sederhana dan menunggang motosikal berkuasa rendah.

Semalam Kosmo! melaporkan, tiga buah kereta iaitu dua buah Mercedes dan sebuah BMW rosak akibat dibakar seorang lelaki bemotosikal.

Kejadian tersebut berlaku antara pukul 6.15 pagi hingga 6.30 pagi. - Kosmo

* Cuba kereta ketua polis KL yang kena bakar, mungkin penjenayah awal-awal sudah dapat dikesan?

No comments:

Post a Comment