KUALA LUMPUR 4 Jan. — Seramai 40 orang terdiri daripada warganegara Malaysia dan Indonesia telah ditahan di Lahad Datu, Sabah kerana terlibat dalam sindiket permindahan wang tanpa persetujuan ke Indonesia melalui perbankan elektronik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah.
Beliau yang tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes itu berkata, kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Beliau turut mendedahkan sebuah bank telah mengalami masalah itu sejak 2006 dengan tiga kes diadukan kepada bank itu tetapi menurutnya “pegawai bank tersebut enggan bertanggungjawab”..
“Apabila duit-duit ini hilang ke Indonesia, orang yang menerima tidak dapat dikenal pasti...dikesan kerana identiti berlainan. Mereka akan menukar nama, gambar dan sebagainya di kad pengenalan mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau usaha membaiki lif Flat Taman Sentul Utama di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment