21 January 2009

Penjual sayur jadi 'hero' tahan peragut

ALOR SETAR - Seorang penjual sayur menjadi hero apabila memberkas seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Sultan Badlishah dekat Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini semalam.

Kejayaan Radzi Awang Dol, 43, turut dibantu tiga anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Radzi berkata, ketika kejadian pada pukul 11.15 tengah hari, dia dalam perjalanan ke pasar berdekatan untuk membeli barangan perniagaannya.

"Bila saya sampai di tempat kejadian saya lihat seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 berhenti di tepi jalan secara tiba-tiba dan berlari ke arah seorang wanita yang sedang berjalan kaki.

"Suspek kemudian meragut beg tangan wanita itu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Terkejut dengan tindakan suspek dia menerkam ke arah peragut tersebut untuk menangkapnya.

Bercerita lanjut, Radzi memberitahu, pergelutan antaranya dengan peragut berkenaan disedari tiga anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu. - Kosmo

* Berilah sedikit saguhati pada pakcik sorang ini.

No comments:

Post a Comment