Dr Osama Al-Muzzaini , salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, telah menggariskan pejuang Palestin masih berkemampuan untuk berlawan dan akan menyediakan "kejutan-kejutan" untuk angkatan tentera rejim Zionis.Beliau memberitahu pihak media di pejabat Hamas di bandar Gaza , Hamas tidak pernah bersetuju pada "keadaan musuh yang amat memalukan " dan menolak kepada sebarang gencatan senjata.
Muzzaini menuduh bahawa Mesir berpakat sulit dengan musuh Zionis dan merupakan rakan kongsi dalam pencerobohan ini, tambah beliau ketua risik Mesir , Omar Suleiman telah dipetik sebagai berkata , Hamas patut di beri satu pengajaran. - Palestinkini
No comments:
Post a Comment