06 January 2009

Kuala Terengganu : Proses penamaan calon berlangsung - Malaysiakini

Pengundi di Kuala Terengganu akan mengetahui hari ini berapa ramai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen tersebut pada 17 Januari depan.

Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sudah pasti akan bertanding, sekiranya tidak berlaku sebarang sebarang masalah yang menyebabkan pencalonan mereka ditolak.

Seorang lagi, naib presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia , Harun Mohamad – juga menyatakan minat untuk bertanding. Seorang lagi calon bebas dijangka turut mengemukakan borang pencalonan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengeluarkan sembilan borang pencalonan.

Proses pencalonan bermula jam 9 pagi dan borang pencalonan diterima sehingga jam 10 pagi, diikuti sejam lagi tempoh bantahan.


Selepas itu, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan senarai calon-calon yang layak bertanding, biasanya pada jam 12 tengahari.

Selepas itu, parti-parti yang bertanding akan memulakan kempen masinhg-masing.

Pengundian akan diadakan selepas 11 hari berkempen. Pilihanraya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail dari BN pada 28 November lalu.

Seramai 80,229 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

No comments:

Post a Comment