KUALA KRAI 6 Jan. — Wakil parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Harun Mohamad, yang menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan hari ini bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal berdepan tindakan disiplin.Presiden AKIM, Hanafi Hamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.
“Harun telah menghampakan harapan AKIM apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Di pusat penamaan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini, Harun yang juga dikenali sebagai Abdul Rahman, membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu tanpa memberi alasan yang spesifik.
Beliau kemudiannya menyatakan sokongan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. - Bernama
No comments:
Post a Comment