KUANTAN - "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang."
Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ghazali Abdul Aziz selepas operasi cegah maksiat jabatan itu berjaya menangkap 56 remaja yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini awal pagi semalam.
"Saya terkejut, dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
"Kononnya nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, lepas itu tak sempat hendak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah sewa hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan.
"Macam kes lima lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu mereka bukan muhrim dan salah dari segi hukum agama Islam," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam. - Kosmo
* Trend itu akan berterusan dan bertambah ramai lagi sehingga hukum Islam tertegak di Malaysia
No comments:
Post a Comment