Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyifatkan pihak yang membuat serangan peribadi terhadapnya, termasuk mendakwanya seorang yang sombong, sebagai mereka yang "kemuflisan isu".
"Ada yang kata saya tidak reti (tahu) cakap Terengganu, dan bagaimana nak jadi ahli parlimen Kuala Terengganu?
"Saya sekolah di Terengganu, belajar di Terengganu dan buka firma guaman di Terengganu," kata calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu hari ini.
Beliau sebelumnya menghadiri program makan tengah hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bersama kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu.
Wan Ahmad Farid diminta mengulas dakwaan pihak tertentu, termasuk ahli Umno, yang mengatakan beliau sombong dan tidak suka bergaul dengan orang ramai.
Calon itu berkata, apa sahaja serangan peribadi yang dibuat terhadapnya, jentera pilihanraya BN tidak boleh hilang fokus.
Mengulas penilaian jentera kempen pilihanraya BN setakat ini, Wan Ahmad Farid berkata, sambutan orang ramai terhadapnya amat baik.
"Saya berjumpa ramai pengundi, baik secara individu, kelompok kecil dan kelompok besar termasuk di kalangan guru.
"Ada yang sanggup menjadi juru kempen untuk saya. Walaupun ada yang tidak kenal saya, tetapi mereka kata nak undi saya.
"Ada juga yang mengucapkan selamat berjaya kepada saya," katanya.
Wan Ahmad Farid berdepan dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Azam.
Dalam buku Dasar Awam di Malaysia -Isu dan Konsep, isu didefinisikan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap sesuatu perkara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan.
ReplyDeleteIsu juga mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau lebih banyak mendapat kritikan rakyat.
Namun, secara keseluruhannya isu boleh didefinisikan sebagai tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan sebarang tindakan pihak kerajan yang tidak berfaedah atau menimbulkan masalah kepada mereka.
Berdasarkan definisi di atas, salahkah jika orang PAS kata hudud bukan isu di Negeri Terengganu ketika ini? Salahkah jika orang PAS kata wang royalti minyak yang "on" ketika UMNO memerintah sekarang dan "off" ketika PAS memerintah dulu sebagai isu? Salahkah jika orang PAS kata kehadiran anggaota polis yang ramai dan menggunakan senjata hidup di KT sekarang bercanggah dengan dakwaan kerajaan UMNO/BN negara ini aman sebagai isu? Yang pasti, serangan peribadi terhadap Farid bukan isu. Tetapi tidak bermakna orang yang serang Farid itu 'muflis ilmu'.