NEW YORK 1 Jan. - Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan berhubung konflik terbaru di Gaza hari ini menolak usul Liga Arab untuk mengutuk Israel dan mendesak serangan ke atas Gaza dihentikan oleh tentera Yahudi.
Draf resolusi yang diserahkan oleh Libya bagi pihak Liga Arab itu ditolak bulat-bulat oleh Amerika Syarikat (AS) yang menganggapnya sebagai tidak seimbang kerana tidak memasukkan frasa agar Hamas turut menghentikan serangan ke atas Israel.
Draf resolusi Liga Arab itu "mengutuk keras semua serangan tentera serta penggunaan kekerasan secara berlebihan, tidak seimbang dan diskriminasi oleh Israel yang telah menyebabkan korban dan cedera di kalangan penduduk Palestin."
Ia turut mengandungi desakan gencatan senjata yang perlu dipatuhi kedua-dua pihak dan tuntutan agar Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva yang melindungi orang awam ketika perang.
Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan itu bersidang di Mesir yang kini memegang kerusi Presiden Liga Arab sejak bulan lalu.
Majlis yang dianggotai 15 negara itu dijangka mengadakan debat umum mengenai draf resolusi yang akan disertai wakil dari Israel, Mesir, Liga Arab dan kawasan penduduk Palestin.
Duta Britain dan Amerika Syarikat (AS) ke PBB menegaskan resolusi itu perlu diperbaiki sebelum dikuatkuasakan kerana ia tidak menyatakan bahawa serangan roket Hamas ke atas Israel adalah punca operasi ketenteraan dijalankan.
"Resolusi yang diserahkan oleh Libya ini adalah tidak seimbang dan kandungan draf setakat ini masih tidak dapat diterima oleh AS," kata Duta AS ke PBB, Zalmay Khalilzad kepada pemberita.
- AFP
* Padah, memilih pemimpin tidak takut Allah swt. Orang Kafir pun bela saudara dia yang teraniaya. Negara umat Islam perlu kembali balik kepada hukum Islam dan perangi puak yang zalim.
No comments:
Post a Comment