01 January 2009

ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding Kuala Terengganu

  Lihat Video

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam selama empat penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

Beliau merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak diumumkan di Kuala Terengganu pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali, ahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu. - Mstar

2 comments:

  1. PAS AKAN KALAH ! TENGOK LAH !

    ReplyDelete
  2. pas akan menang kerana ini masa keruntuhan umno

    ReplyDelete