SEPANG: Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno Malaysia menerima 45 kes wanita tempatan lari mengikut lelaki warga asing dalam tempoh tiga bulan lalu, kata Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan gadis yang kahwin atau melarikan diri dengan lelaki warga asing ke beberapa negara termasuk Medan dan Lombok di Indonesia.
“Terbaru kes Noraisyah Syed Mohd, yang terkandas di Kemboja selepas mengikut suaminya, empat tahun lalu. Di sana dia hidup susah dan meminta bantuan kerajaan untuk membawanya pulang.
“Saya selalu menasihati anak gadis negara ini jangan melakukan perkara ini... jangan ikut seronok saja sebab bercinta, lari ikut teman lelaki, bila sampai ke sana tak sampai setahun menyesal.
“Nasib baik ada pihak yang simpati dan membantu mereka kembali ke tanahair untuk ditemukan ahli keluarga,” katanya. - HMetro
No comments:
Post a Comment