05 January 2009

20 roket buatan sendiri Brigade Qassam telah dilancarkan ke arah rejim Zionis.

Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel.

Menurut sumber tersebut , roket buatan sendiri telah mengenai bandar Negev Ashdod dan berdekatan Sederot.. Tentera rejim Zionis melaporkan ada kerosakan, tetapi tiada kecederaan . Pergerakan Hamas dan fraksi2 lain mangaku bertanggungjawab dalam serangan itu dan berkata itu merupakan satu reaksi ke atas serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza.

Pihak tentera rejim Zionis telah melancarkan serangan udara besar besaran di Gaza pada Sabtu lalu . Hari ini, jumlah maut telah meningkat kepada 412 orang rakyat Palestin. Roket buatan sendiri Palestin telah membunuh empat orang rakyat Israel sepanjang tempoh yang sama

No comments:

Post a Comment