06 December 2008

Tiga mayat ditemui di lokasi tanah runtuh

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Setakat 11 pagi ini, polis berjaya mengeluarkan tiga mayat iaitu seorang lelaki berketurunan Melayu dan seorang ibu serta anaknya berketurunan Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dua daripada mayat itu sudah dikenal pasti identitinya.

``Operasi mencari dan menyelamat tujuh lagi mangsa yang terperangkap masih diteruskan,’’ katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat lokasi kejadian itu.

- Utusan

No comments:

Post a Comment