Seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah diarahkan supaya berpindah segera.
Kor Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia sedang membuat laluan pejalan kaki bagi tujuan memindahkan penduduk terlibat, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut melawat tempat kejadian berkata terdapat penduduk yang masih enggan berpindah.
"Kita meminta penduduk berhampiran agar berpindah kerana dilaporkan masih terdapat pergerakan tanah berlaku," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan Selangor telah menyediakan penempatan sementara untuk menempatkan mereka.
Kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan mana -mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.
"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.
"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini," katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib berkata tidak mustahil pemaju akan terus menghantar permohonan selepas insiden tanah runtuh sedemikian, reda.
"Ingatan manusia ini pendek. Tiga, enam bulan bila orang dah lupa, pemaju akan sorong permohonan dan melobi supaya diluluskan, tidak belajar apa yang berlaku," katanya.
Sehingga 10.30 pagi tadi, polis mengesahkan tiga orang telah terkorban dalam kejadian itu yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa.
Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk di kawasan perumahan itu sedang tidur apabila lereng bukit berhampiran runtuh dan menimbuskan banglo-banglo berkenaan.
Najib turut meminta supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya sesuatu kawasan yang telah tidak dibenarkan dilakukan pembangunan, tidak lagi berisiko selepas ini.
"Kita terpaksa ambil pendirian kalau terbukti kawasan itu berisiko tinggi. Kalau tidak boleh diterima, mereka yang tinggal di kawasan itu kena terima hakikat bahawa mereka mungkin terdedah kepada bahaya," katanya.
Berhubung kejadian itu, Najib berkata pihak pakar akan dilantik untuk menilai kawasan itu berikutan kawasan tersebut dilihat sangat berisiko tinggi selepas dua kejadian tanah runtuh berlaku sebelum ini.
Najib turut berpuas hati dengan tindakan pantas pasukan keselamatan menangani keadaan.
Katanya operasi menyelamat terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana kawasan itu masih belum stabil.
Kerajaan juga telah mengambil langkah memindahkan lebih daripada 2,000 penghuni satu blok kondominium yang terletak berhampiran kawasan kejadian, katanya.
Please visit Block B at Lake View Apartment, Pandan Perdana. Kuala Lumpur. Just walk up the stairs and look at the cracks, be it on the walls or on the floor! If this building collapses one day, who will take up this responsibility of people dead/injured? The Irresponsible Developer? MPAJ? The YB? WHO???
ReplyDeleteUntil this day, I am yet to get an answer. I have also written to MPAJ, Exco of Land & YB for my area. It seems to me that the person who is having the last laugh is the developer. I am sure they will still drive to work with their Mercedes it they do decide on settling this issue.
I just cannot understand what is the "FORCE" behind this rational - A government officer who can make the right decision to help the people who are victims of irresponsible developers but instead prefer to take another cause of action
Why protect the irresponsible developer party when they can do the alternative?
Anyone who are victims of abusive developers, please tell us your story
Jackie
why hasnt anyone considered that the buyer of the house is to be blamed also?
ReplyDeletebefore handing the cheque, one should always scout for every risk towards their investments no? let the buyer beware.
if the buyer voluntarily buys a tinted can of sardine, he should expect to get sick after eating it.
brilliant statement coming from a MORON, HELLO MORON, Nak tutup pintu kandang kerbau, lepas Kerbau sudah Lari dan mati lemas kat sugaikah. Inilah UMNO DAN BARISAN TAK BERMORAL.
ReplyDelete"kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.
"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.
'HELLO MORON ORANG SUDAH MATI APA NAK BELAJAR LAGI" Dulu orang mati tak belajar lagi,- REMEMBER HIGHLAND TOWERS' REMEMBER HOW THE COURTS FOUND WHO WAS GUILTY, kerajaan mana ada guilty"
"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini," katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
HAH MAHARANI LOSMAH PERGI SANA BUAT SIBUK BUAT APA, awak bukan first lady lah, lagi satu moron, katak second hand. NAK TANYA MUMTAZ TAK TINGGAL SANA KOT?.
sokong lagi parti UMNO, PARTI TAK ADA HARAPAN.
Kepada orang kaya Pembeli rumah di kawasan maut ini, HIGHLANDS TOWER TAK BELAJAR LAGI-KE? PADAN MUKA, nak tinggal di Kawasan ada 'KLASS' , ITU LAH KLASS, DIKUBURKAN DALAM RUMAH SAMA SEKALI. BODOH-SOMBONG.
ReplyDelete