20 December 2008

Sultan Selangor dukacita pihak eksploitasi kanak-kanak

PETALING JAYA 20 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasikan kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, titah Sultan Selangor itu disampaikan kepadanya sebelum baginda berangkat ke luar negara pada kelmarin.

Katanya, baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukannya.

"Baginda merasa dukacita di atas perkembangan yang berlaku ini, tuanku ingin perkara ini dihebahkan kepada semua khususnya rakyat Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

* Selepas ini tidak ada lagi, murid sekolah mengadakan aktiviti luar seperti mengutip derma untuk sekolah

No comments:

Post a Comment