Naib Pengerusi Pewaris, Rahimidin Md Harun berkata, majlis membakar replika kepala babi itu diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman dan disaksikan oleh kira-kira 800 orang.
Beliau berkata, sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, pihaknya akan membawa satu replika kepala babi ke perhimpunan Umno Mac depan.
Di samping itu, katanya, Pewaris juga akan menuntut pemimpin PKR dan PAS supaya berusaha menghapuskan ternakan babi di kawasan berkenaan.
Ketika dihubungi petang ini, Rahimidin berkata, PPIM merupakan anggota gabungan Pewaris.
Menurutnya, Pewaris juga menyampaikan taklimat penduduk tempatan mengenai isu ternakan babi di kawasan tersebut, dalam satu majlis tertutup di hotel berkenaan.
‘Kami juga menyerahkan memorandum kepada Ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusof meminta kerajaan menutup semua ladang babi di kawasan Masjid Tanah,” katanya.
Rabu lalu, penduduk dilaporkan menemui bangkai kepala babi hutan digantung pada kain rentang tersebut, berhampiran bulatan Tanjung Bidara-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.
Penggantungan kepala babi kelmarin merupakan insiden ketiga. Pada 18 Oktober lalu, peniaga dan pengunjung menemui bangkai kepala babi di tepian Pantai Pengkalan Balak.
Pada 13 November lalu, kepala babi dilaporkan digantung di atas pintu pagar rumah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor sebelum ini dilaporkan memberi amaran kepada mereka yang terbabit menggantung kepala babi di kain rentang Pewaris itu.
Beliau juga dilaporkan berkata, sebuah skuad khas juga telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan.
* Kumpulan Pro-Umno ini buat perhimpunan haram tiada tindakan?
No comments:
Post a Comment