25 December 2008

Rela mati dalam Volvo

BESUT - Ngah Mohamad atau Pak Ngah Volvo bukan sahaja sanggup menjadikan kereta sebagai rumahnya malah rela mati di dalamnya.

Begitulah membaranya cinta warga emas berumur 90 tahun itu terhadap kereta Volvo model 122S warna merah hati miliknya. Beliau sanggup 'sehidup semati' dengannya.

Malah, katanya, sudah tentu mudah untuk penduduk sekitar menguruskan jenazahnya kelak kerana kereta itu terletak di dalam garaj Masjid Alor Teratai, Kuala Besut.

"Kalau betul dah takdir, saya reda menutup mata dalam kereta ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan kisah Ngah yang menjadikan kereta Volvonya yang diletakkan di garaj Masjid Alor Teratai, Kuala Besut sebagai rumahnya selepas kematian isteri enam tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Kuala Terengganu lebih selesa tidur dan berehat di dalam kereta bernombor plat MC 546 itu serta menyimpan pakaian dan peralatan peribadinya di dalam kenderaan itu.

Menceritakan pengalaman hidup di dalam kereta, Ngah berkata, beliau pernah diserang demam panas dan terbaring sehari semalam di dalam kenderaan yang dibeli dengan harga RM16,000 itu.

"Masa itu saya berada di Kuala Terengganu. Tidak ada sesiapa tahu saya terbaring dalam kereta dan tak larat nak bangun," katanya yang mengalami masalah pendengaran akibat kejadian itu. - Kosmo

* Yang penting dalam kawasan masjid

No comments:

Post a Comment