KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 – mengotakan apa yang dijanjikannya untuk membawa pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.
INTIPATI RANG UNDANG-UNDANG
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
*Ia dibentangkan bertujuan mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman negara.
*Di bawah peruntukan tersebut, Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan itu dengan mengambil kira keperluan mempertahankannya dan badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsi serta peranannya.
*Sekiranya diluluskan, rang undang-undang itu akan membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang berfungsi memilih hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
Suruhanjaya Cegah Rasuah
* Matlamat utama adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.
* Rang undang-undang itu memberi perlindungan penuh kepada pemberi maklumat rasuah.
* Di bawah Seksyen 65 rang undang-undang tersebut, sebarang aduan yang diterima oleh Suruhanjaya berhubung kegiatan rasuah, maklumat mengenainya dan identiti sumber hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan dan pemberi maklumat itu.
* Seksyen itu menyatakan bahawa segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti pemberi dan hal lain yang berkaitan tidak boleh didedahkan atau diperintah supaya didedahkan dalam sebarang prosiding mahkamah, tribunal atau kepada pihak berkuasa lain. - Utusan
No comments:
Post a Comment