01 December 2008

Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak

TEMERLOH 30 Nov. - Penduduk Orang Asli Kuala Gandah, Lanchang dekat sini, berang dengan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang yang melepaskan 3,000 ekor biawak di perkampungan mereka.

Ini kerana menurut mereka, tindakan Perhilitan itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk terbabit.

Ketua Kampung Orang Asli Kuala Ganadah, Batin Bak Raja Tin berkata, Perhilitan tidak sepatutnya melepaskan biawak tersebut di kampung itu yang berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Gajah.

‘‘Selain membaham haiwan ternakan, ada biawak yang didapati mati atas jalan raya akibat dilanggar kenderaan dan bau busuk sisa makanannya di sekitar kampung.

‘‘Ia boleh menjejaskan imej pusat pemuliharaan gajah tersebut kepada para pengunjung terutama pelancong luar negara,” kata Bak Raja kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bolok Hulu Sok, Mek Mohamad Jantan turut kesal dengan tindakan Perhilitan dan berharap perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi. - Utusan

No comments:

Post a Comment