18 December 2008

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bukit Antarabangsa - Malaysiakini

Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bersedia menyerahkan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya, yang dijadual diumumkan esok.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.

JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan Abdul Khalid.

Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan".

Menurut sumber-sumber, JKR pada Ahad lepas telah berjanji akan menyerahkannya.

Dalam dialog menteri besar, JKR dan penduduk Bukit Antarabangsa, jabatan itu dilaporkan telah berjanji menyerahkan laporan tersebut supaya tindakan susulan boleh diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber-sumber memberitahu, Menteri Kerja Raya akan mengumumkan laporan itu esok selepas laporan itu dibentangkan kepada jemaah menteri.

No comments:

Post a Comment