JOHOR BAHRU – Mulanya, seorang mat rempit yang menunggang motosikal yang tiada cermin sisi cuba bersembunyi di sebalik semak sebaik ternampak ada sekatan polis mencegah lumba haram di Pantai Lido di sini semalam.Bagaimanapun, tindakan mat rempit berkenaan mengundang padah apabila motosikalnya tersangkut pada rimbunan semak di situ.
Lelaki berusia 20-an terbabit kemudiannya cuba melarikan diri dengan menarik keluar motosikalnya.
Semasa itu beberapa anggota polis telah mengepung kawasan tersebut dan memerhati gelagat pemuda itu.
Selepas kira-kira 10 minit menarik motosikalnya yang tersangkut di semak-samun, pemuda itu keletihan menyebabkan dia meminta ‘pertolongan’ anggota polis, “Tuan, tolong tarik motosikal saya Tuan.”
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Johor, Supritendan T. Raveendran berkata, pemuda berkenaan merupakan antara 200 penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi empat jam yang berakhir pukul 4 pagi itu.
Menurut beliau, pemuda terbabit kemudiannya disaman. - Kosmo
* Hukuman jenis 'saman' gagal, kenapa diteruskan, adakah kerana memberi keuntungan kepada 'pihak-pihak' tertentu. Tidak bolehkan guna fikiran cara penyelesaian yang berkesan.
No comments:
Post a Comment