25 December 2008

Mahalingam dipecat sebagai Bendahari Agung MIC

KUALA LUMPUR 24 Dis. — Anggota veteran MIC dan bekas naib presiden Tan Sri M. Mahalingam telah dipecat sebagai Bendahari Agung berkuatkuasa serta merta.

Ketika mengesahkan perkara itu, Mahalingam, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata beliau menerima sepucuk surat yang ditandatangani Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu tengah hari semalam yang menyatakan bahawa beliau dipecat daripada jawatan itu yang disandang sejak tahun 2000.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas berhubung pemecatan itu.

Perlembagaan MIC membenarkan Presiden untuk melantik setiausaha agung, bendahari agung dan ketua penerangan parti. Ia juga membenarkan presiden untuk memecat mereka yang dilantik atas alasan yang kukuh.

Mahalingam, 73, seorang peguam dan sekutu lama Samy Vellu, menyertai politik selepas menganggotai MIC cawangan Puchong pada 1958. - Bernama

No comments:

Post a Comment